Kerjaya kelab Moise Kean

Kerjaya awal

Kean telah menarik minat Renato Biasi yang menawarkannya menyertai akademi Torino dari akademi Asti.[2] Namun pada tahun 2010, beliau sebaliknya menyertai musuh seteru Torino, Juventus daripada melanjutkan kontraknya bersama Granata (sehingga usia 14 tahun, kontrak berlarutan selama setahun dan perlu sentiasa diperbaharui).[3][4] Pada musim terakhirnya bersama pasukan belia Juventus iaitu pada musim 2015–16, beliau telah menjaringkan 24 gol dalam 25 perlawanan.[5]

Juventus

2016–17

Kean melakukan penampilan sulungnya untuk Juventus pada 19 November 2016 ketika berusia 16 tahun, 8 bulan dan 23 hari. Beliau beraksi pada mint ke-84 permainan menggantikan Mario Mandžukić ketika aksi Serie A menewaskan Pescara 3-0. Dengan itu, beliau menjadi pemain termuda Juventus yang melakukan penampilan sulung serta pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk beraksi dalam salah satu daripada empat liga utama Eropah.[6][7] Pada 22 November, beliau menjadi pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk beraksi dalam perlawanan Liga Juara-Juara UEFA dengan menjadi pemain gantian pada minit ke-84 perlawanan semasa menewaskan Sevilla 3-1.[8] Pada 27 Mei 2017, ketika perlawanan terakhir liga bagi kempen 2016-17, Kean telah menjaringkan gol pertamanya untuk Juventus untuk memastikan pasukannya meraih kemenangan 2-1 ke atas Bologna sekali gus menjadikannya sebagai pemain pertama yang lahir pada 2000-an untuk menjaringkan gol dalam lima saingan liga utama Eropah.[9]

Verona

Pada 31 Ogos 2017, selepas melanjutkan kontraknya sehingga 30 Jun 2020, Kean telah dipinjamkan ke Hellas Verona selama setahun.[10][11] Pada 10 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Verona sebagai pemain gantian dalam aksi Serie A menentang Fiorentina. Beliau telah menggantikan Alex Ferrari pada minit ke-46 perlawanan yang berakhir dengan kekalahan 5-0.[12] Pada 1 Oktober, Kean menjaringkan gol sulungnya untuk Verona pada minit ke-87 perlawanan ketika menentang Torino yang tamat dengan keputusan seri 2-2.[13]

Pada 28 Januari 2018, Kean menjaringkan dua gol dalam pentas Serie A ketika menumpaskan Fiorentina 4-1. Beliau merupakan pemain kedua yang lahir pada 2000-an selepas Pietro Pellegri yang berjaya merangkul pencapaian sedemikian.[14][15][16] Secara keseluruhannya, beliau telah melakukan 20 kemunculan dan menjaringkan empat gol bersama Verona.[17]

2018–19

Pada 12 Januari 2019, Kean telah menjaringkan gol pada aksi Coppa Italia ketika menewaskan Bologna 2-0.[18] Pada 8 Mac 2019, Kean telah menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama perlawanan ketika menentang Udinese yang kemudiannya berakhir dengan kemenangan Juventus 4-1.[19] Pada 2 April 2019, Kean menjaringkan gol kedua Juve semasa menundukkan Cagliari 2-0. Kean telah dijadikan sasaran perkauman oleh penyokong-penyokong Cagliari yang melakukan sorakan berbaur perkauman.[20] Rakan sepasukan Juventus, Leonardo Bonucci telah dikritik dengan hebat selepas menyatakan bahawa Kean perlu dipersalahkan kerana menyambut jaringannya yang mengundang kekecohan[21] oleh Raheem Sterling,[22] Mario Balotelli, Stormzy[23] dan Paul Pogba.[24] Dalam perlawanan Juventus yang berikutnya pada 6 April, Kean beraksi sebagai pemain gantian ketika menentang Milan sebelum beliau menyumbat jaringan kemenangan pasukannya sekali gus meletakkan Juventus berada di kedudukan selesa yang hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk disahkan sebagai juara liga.[25] Pada perlawanan liga seterusnya pada 13 April, Kean menjaringkan gol untuk Juventus ketika menentang SPAL yang berakhir dengan kekalahan 2-1 di gelanggang lawan lalu[26] menandakan jaringan keenam Kean secara berturut-turut dalam perlawanan yang diwakilinya di peringkat kelab dan antarabangsa.[27]

Everton

Kean telah menyertai Everton pada 4 Ogos 2019 dengan menandatangani kontrak selama lima tahun melalui perpindahan yang bernilai 27.5 juta euro bersama bonus sebanyak 2.5 juta euro.[28][29] Pada 10 Ogos, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk Everton ketika menentang Crystal Palace dalam aksi Liga Perdana Inggeris yang berakhir dengan keputusan terikat seri tanpa jaringan dapat dihasilkan. Beliau beraksi sebagai pemain gantian menggantikan Dominic Calvert-Lewin.[30]

Pada November 2019, Kean telah digugurkan daripada skuad Everton kerana masalah disiplin.[31]

Kean telah menjaringkan gol pertamanya untuk Everton pada 21 Januari 2020 semasa menentang Newcastle United dalam aksi liga yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2 di laman sendiri.[32]

Rujukan

WikiPedia: Moise Kean http://www.bbc.com/sport/live/football/47473922 http://www.beinsports.com/us/serie-a/video/moise-k... http://kwese.espn.com/football/italian-serie-a/sto... http://www.foxsports.com/soccer/story/16-year-old-... http://www.italianfootballdaily.com/moise-kean-sco... http://www.skysports.com/football/news/11095/11449... http://www.skysports.com/football/news/11095/11454... http://www.soccerbase.com/players/player.sd?player... http://www.uefa.com/uefachampionsleague/news/newsi... http://www.figc.it/nazionali/DettaglioConvocato?co...